Tuesday, September 1, 2015

Bab 2: Asas Pemasaran Online

Selepas berhenti kerja, bekerja sendiri menjadi pilihan utama saya. Tetapi bagaimana, bila dan apa yang ingin saya lakukan masih belum jelas. Suami mencadangkan saya memilih sesuatu yang saya minat, agar saya boleh bekerja tanpa tekanan dan tidak mudah berputus asa.
Apa yang saya minat? Saya pun kurang pasti, namun, setelah melihat koleksi aksesori mutiara dan kristal yang saya ada, timbul ilham untuk menghasilkan koleksi sendiri. Saya mengikuti kelas membuat aksesori Kristal Swarovski secara formal. Daripada asas sehingga sesuatu yang agak sukar.
Seterusnya, bagaimana saya memulakan bisnes tanpa modal? Hanya dengan menggunakan aksesori yang saya belajar. Saya memasukkan gambar- gambar aksesori yang telah saya buat, kemudian saya meletakkan carta warna untuk dipilih.
Apabila ada tempahan daripada pelanggan, saya hanya mencari stok yang diinginkan dan ‘upload’ gambar aksesori tersebut. Alhamdulillah, hasilnya, saya mampu membeli stok dengan dengan duit keuntungan yang ada.
Sumber: Bab 2 Asas Pemasaran Online
Baca lagi perkongsian pengalaman ini dalam ebook terbaru 10 Langkah Mudah Bina Kedai Online.

No comments:

Post a Comment