Cabaran paling gentir
Bagi saya cabaran paling gentir dalam menjalankan bisnes online adalah, mendapatkan pelanggan. Seperti kata-kata Chef Ali di dalam bukunya ‘ jikalau kita masak mee goreng yang paling sedap di dunia pun, kalau orang tidak tahu, orang tidak akan membelinya’. Kaedah pemasaran adalah sangatlah penting.

Sewaktu memulakan bisnes online, saya hanya mengambil kursus pemasaran. Kursus ini lebih kepada perniagaan offline. Perniagaan melalui facebook, kurang mendapat sambutan, saya perlu melakukan sesuatu. Saya mula mengambil kelas pemasaran facebok, Alhamdulillah, saya mula nampak jalan yang harus saya lalui. Jualan semakin meningkat.
Namun, dalam mengendalikan bisnes online ataupun offline, kita tetap terpaksa mengharungi pelbagai cabaran, Saya pernah ditipu pembeli, pembeli memberikan gambar slip pembayaran bersama keterangan, tetapi berlainan bank, dan memberitahu biasanya duit akan diterima dalam tiga hari bekerja. Saya masih baru dalam bisnes online, kerana mempercayainya, saya terus poskan barang yang ditempahnya. Ternyata selepas itu, akaun facebook tersebut tidak dapat dikesan.
Sumber: Bab 2 Asas Pemasaran Online
Baca lagi perkongsian ini dalam ebook 10 Langkah Mudah Bina Kedai online.
No comments:
Post a Comment